Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pampasan Perkeso Lebih RM600...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membelanjakan lebih RM600 juta untuk bayar...

Mangsa Banjir Di Kedah...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di...

Kerani Boleh Mohon Tangguh...

KUALA LUMPUR : Seorang kerani yang dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda...

Wanita Putus Kaki Digilis...

GARA-GARA langgar lampu isyarat, seorang wanita menjadi mangsa apabila kakinya putus setelah digilis...

Suami Isteri ‘Mingguan’ Boleh Ke Negeri Dikenakan PKPB

KUALA LUMPUR – Suami isteri ‘mingguan’ boleh memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk masuk ke negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan adalah sama dengan SOP PKPB yang dilaksanakan pada Mei lalu.

“Mereka perlu mendapatkan kebenaran PDRM dan memaklumkan mengenai tujuan dan menunjukkan bukti.

“InsyaAllah, polis akan benarkan, untuk lebih maklumat, orang ramai boleh menyemak di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya pada sidang media semalam.

Ismail Sabri berkata, 310 kenderaan diarah berpatah balik oleh anggota keselamatan di sekatan jalan raya (SJR) atas pelbagai alasan pergerakan,


“Antaranya, cuba keluar dari lokaliti atau kawasan PKPD dan cuba merentas negeri yang sedang dilaksanakan PKPB tanpa kebenaran PDRM,” katanya.

Tiga negeri paling tinggi kenderaan diarah berpatah balik membabitkan Sabah dengan 201 kenderaan, Johor (64) dan 45 bagi Kuala Lumpur. – myMetro Online

Kategori