Suami Isteri, Bayi Maut Dalam Kebakaran Rumah

TANJUNG MALIM – Sepasang suami isteri dan seorang bayi lelaki maut dalam kebakaran rumah di Kampung Alah Batu, Jalan Kuala Slim dekat sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata, mayat pasangan suami isteri berusia 30-an dan bayi lelaki ditemukan di dalam bilik rumah yang terbakar 70 peratus.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada pukul 3.51 pagi.

Katanya, operasi memadam kebakaran dilakukan oleh anggota bomba dari Balai Bomba Slim River yang dibantu oleh anggota dari Balai Bomba Tanjung Malim.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah terbakar 70 peratus.

“Mayat ketiga-tiga mangsa dijumpai di bilik pertama, dipercayai suami isteri berbangsa Melayu berusia lingkungan 30-an dan seorang bayi lelaki berusia bawah setahun.

“Mayat dihantar ke Hospital Slim River,” katanya.