“Suami Hak Kita… Wanita Lain Jangan Pegang!” – Abby

WANITA mana yang mahu berkongsi suami dengan orang lain? Sudahlah susah senang dah bersama, tiba-tiba ada pula anasir jahat yang cuba nak merampas hak kita.

Bagi pelakon yang sering menjadi idola kepada wanita lain, Abby Abadi memberi kenyataan secara terbuka tentang hak sebagai seorang isteri yang mana suami itu hanya untuk dia sahaja.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 42, sama sekali tidak bersetuju jika lelaki yang sudah menjadi seorang suami, diberi peluang untuk ‘melayan’ atau ‘dilayan’ wanita lain ketika dalam lakonan mahupun nyanyian.

“Suami kita hak eksklusif kita, segalanya halal, jangan bagi perempuan lain pegang suami kita, jangan bagi suami peluk perempuan lain, jangan bagi suami dukung perempuan lain.

“Jangan bagi perempuan lain pakaikan baju, makeup suami kita. Jangan jangan jangan itu ‘mengundang’ namanya. Walaupun sekadar lakonan atau sewaktu persembahan nyanyian atau waktu bekerja. Syaitan tetap suka,” tulisnya di rungan caption gambar bersama suami ketika berada di Turki.

Dahulu, Abby pernah bergelar isteri kepada pelakon bertubuh sasa, Norman Hakim namun perkahwinan itu berakhir pada tahun 2008 dan hasil perkahwianna, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun.

Bagaimanapun, setahun menyulam kasih bersama dengan suami baharu pada tahun 2014, Abby sekali lagi telah disahkan  bercerai dengan bekas suaminya yang kedua iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 29.

Walaupun dua kali gagal dalam perkahwinan, akhirnya Abby telah ditakdirkan untuk bertemu dengan seorang lelaki yang benar-benar menerima baik buruknya iaitu Muhammad Faizal Zakaria, 44.

Kini, rumah tangganya bersama dengan Faizal sudah mencapai tahun yang ketiga dan mereka kini hidup bahagia sebagai sebuah keluarga besar.

Manakala, Norman pula telah membina mahligai rumah tangganya bersama dengan pelakon Memey Suhaiza dan mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwishz Hakim, 4, dan Muhammad Dirkhriz Hakim yang kini berusia dua tahun.

Menurut pengikutnya di akaun Instagram, mereka menganggap  bahawa Abby merupakan seorang wanita yang tabah dan nasihatnya juga boleh didengari kerana ianya berdasarkan pengalaman selama dia berumah tangga sebelum ini.

Jarang kita melihat pasangan suami isteri yang sudah bercerai tetapi masih boleh hidup bahagia sebagai sebuah keluarga bahagia.

Keluarga Abby dan Norman kini bagaikan sebuah keluarga besar dan ramai netizen turut menjadikan mereka sebagai contoh kerana walaupun sebelum ini pernah berlaku pergaduhan antara mereka, namun kini semuanya sudah berubah. – MYNEWHSUB.CC/AH