Suami Dikelilingi Wanita Cantik, Wawa ‘Pasang Badan’

PELAKON kecil molek, Wawa Zainal mengakui dia serba sedikit berasa terganggu apabila suaminya, aktor kacak Aeril Zafrel sering dikelilingi wanita cantik, menyebabkannya terpaksa ‘pasang badan’ (sentiasa berdandan cantik).

Selain alasan itu, Wawa juga menyatakan sebagai seorang selebriti, seseorang itu haruslah sentiasa mengambil berat mengenai isu penampilan diri.

“Aeril setiap hari jumpa perempuan cantik, takutlah. Jadi, saya kena pasang badan untuk kekal cantik. Tapi sebenarnya, saya tak cemburu pun.

“Selain itu, memang saya nak kurus sebab sebagai selebriti, kita kena jaga penampilan. Mungkin saya kurang tidur sebab terlalu sibuk dengan kerjaya seni dan juga perniagaan. Anak-anak pun semakin lasak, jadi banyak bergerak,” jelasnya menerusi sebuah akhbar mengenai dirinya yang kini kelihatan semakin susut berat badan.

Sebelum ini, pernah timbul cerita mengenai peminat wanita yang cuba ‘mengorat’ Aeril secara terang-terangan di laman sosialnya sehinggakan ia menjadi tular suatu ketika dahulu.

Ini semua gara-gara kapsyen Aeril di sebuah foto di laman Instagramnya yang berbaur agak nakal, “Left or right? Right please, left tak sunat lagi.”

Suami Dikelilingi Wanita Cantik, Wawa 'Pasang Badan'

Gambar itu memaparkan dirinya bersama anak lelakinya di sebuah pusat beli-belah sehingga menarik minat seorang peminat wanita yang dikenali sebagai Iqa yang sudi menjadi isteri kedua Aeril susulan foto yang dimuat naik itu.

Suami Dikelilingi Wanita Cantik, Wawa 'Pasang Badan'

Tidak seperti Aeril yang dilihat semakin aktif berlakon, Wawa pula kini seakan memperlahankan karier seninya demi memberi tumpuan dalam hal penjagaan kedua cahaya mata mereka yang semakin membesar iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa. – MYNEWSHUB.CC

Loading...