Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Keputusan Grand Prix Kuala...

KUALA LUMPUR - Berikut keputusan sesi latihan bebas perlumbaan jalanan Grand Prix Kuala...

ARC Ziarah Anak Yatim...

SUARA perjuangan dan pembelaan daripada umat Islam khasnya dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap...

Ahmad Zahid Dilantik Timbalan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai...

Anwar Dihalang Hadiri Majlis...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia...

Suami Campak Isteri, ‘Hantu’ Dipersalahkan

SEORANG wanita terpaksa menanggung kesakitan apabila dipercayai dicampak suaminya dari tingkat empat kediaman mereka di Ghari Chaukhandi, India, baru-baru ini.

Hindustan Times melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Babita, 24 tahun cedera parah di kepala, tangan dan tulang belakang dan kini dirawat di Hospital Safdarjung, New Delhi.

Polis tempatan berkata, suami mangsa, Amar Singh, 26, dipercayai menolak Babita dari bumbung bangunan yang disewa mereka kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, Babita dipercayai mengandung ketika kejadian tersebut berlaku.

“Amar menghubungi saya kira-kira jam 4 pagi dan memberitahu ‘hantu’ telah mencampak Babita dari bumbung.

“Kami bertanya kepadanya apa yang dimaksudkannya apabila mendakwa Babita dicampak ‘hantu’ tetapi Amar mengubah cerita lain,” kata saudara Babita, Satinder.

Satinder kemudiannya membuat laporan polis terhadap Amar yang bekerja sebagai pembantu pejabat di sebuah syarikat swasta.

Dia turut mendakwa Amar pernah menuntut mas kahwin daripada mereka.


Ahli keluarga Babita mendakwa dia pernah dipukul dan pasangan itu pernah bergaduh pada 26 Mei lalu.

Pasangan itu berkahwin pada bulan Februari 2016 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lapan bulan.

Pegawai polis, Zaheer Khan, berkata, berdasarkan laporan ahli keluarga Babita mendapati kes tersebut adalah cubaan membunuh.

Namun siasatan masih dijalankan dan pihaknya masih menunggu Babita sedar semula sebelum keterangan diambil. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori