Suami Boleh Sumbang 2% Untuk i-Suri

KUALA LUMPUR – Program i-Suri ini akan ditambah baik pada tahun depan bagi membolehkan suami memilih untuk menyumbang secara sukarela sebanyak dua peratus daripada 11 peratus carumannya ke dalam akaun KWSP isterinya, kata Menteri Kewangan.

Malah, kerajaan juga bercadang untuk memanjangkan manfaat di bawah i-Suri melalui perlindungan keselamatan sosial di bawah Perkeso.

Sebanyak RM20 juta akan disediakan pada tahun hadapan kepada Perkeso bagi tujuan ini, kata Lim Guan Eng.

Loading...