Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Provokasi Gila – Perkasa...

TINGGAL beberapa jam lagi, penganut Kristian di negara kita dan seluruh dunia bakal...

Istimewa Ikan Patin Masak...

BENTONG - Sudah menjadi satu kemestian buat sesiapa sahaja yang singgah di Pahang...

Jaringan hatrik Safiq Bantu...

KUALA LUMPUR - Kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim melakar jaringan...

Badan Perubatan Tradisional Diminta...

CYBERJAYA - Pertubuhan pengamal perubatan tradisional dan komplementari (PTK) di negara ini perlu...

Suami Asyik Lebihkan Kereta, Ini ‘Makan’ Dia – Isteri

ISTERI mana yang tidak geram sekiranya mendapat suami yang kedekut dan tidak menunaikan tanggungjawab.

Lebih-lebih lagi kalau suaminya itu sangat berkira-kira dalam berbelanja untuk keluarga dan anak-anak.

Begitulah nasib seorang wanita yang bergelar isteri kepada seorang penggemar kereta.

Menurut wanita itu, dia sudah tidak dapat bertahan lagi dengan sikap suaminya yang terlampau ‘tangkai jering’ sehingga bertindak menconteng kereta milik suaminya itu.

“Assalamualaikum admin. Boleh tolong kongsi tak cerita ni? Saya geram dengan suami saya, perangai macam budak-budak.

“Saya nak beli barang anak, dia cakap saya membazir. Dahlah duit dekat bini pun tak kasi. Dia habiskan duit dekat kereta dia, tak membazir pula?

“Saya terlalu geram dengan dia, itu yang bercorak kereta dia. Ingatkan nak saja simbah cat dekat kereta dia. Biar padan muka dia,” kata si isteri yang tidak didedahkan namanya itu menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Berdasarkan kepada gambar-gambar yang dikongsikan oleh wanita tersebut, kesan conteng jelas kelihatan pada bahagian kiri dan kanan kereta Perodua Myvi milik suaminya itu.

Nyata wanita ini bukan main-main bila mengatakan dia terlalu geram dengan perangai suaminya.


Perkongsian wanita itu turut mengundang perasaan marah netizen, terutamanya daripada kalangan wanita yang mengecam sikap kedekut segelintir suami.

Tidak kurang juga yang mengecam wanita berkenaan kerana berkelakuan tidak matang seperti kebudak-budakkan.

“Satu je nak cakap. Jangan disebabkan perangai bodoh kau ni, laki kau tibai anak kau sebab ingat ni kerja diorang. Kau pun alahai, perangai entah apa-apa. Matanglah sikit, malulah kat anak-anak,” kata Hidayatul Adha.

“Kenapa la cetek nau akal ko kak…jangan conteng kak, lain kalau ko nak marah kat laki ko, ko buat silent war..berkesan kak. Itu lah perang yang paling mujarab dalam perhubungan, kalau ko dah tak boleh senyap, ko bantai la laki ko dgn tangan ko sendiri kak.. selamat mencuba,” tulis Nurkhalis Ahmad

“Kereta ini bila-bila pun boleh buat. Pentingkan keperluan anak dan isteri dulu. Tak rugi tau, malah Allah meluaskan lagi rezeki kau. Kau buat kereta je kedekut dengan bini. Sempitlah rezeki. Sesetengah orang tak faham situasi akak tu. Dia dah lama bersabar agaknya. Bertabahlah sisi, dapat laki kuda kayu,” kata Tasha Razak. – MYNEWSHUB.CC

Kategori