Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agong Rasmi Penggal Kedua...

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat...

PAS Dedah Pakatan Harapan...

KUALA LUMPUR - "PAS tidak mahu mengambil risiko menyeret negara ke arah anarki...

Pokemon Go Dilancarkan Di...

SINGAPURA - Nampaknya, rakyat Singapura dan warga jirannya dari Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk...

Shazia Maafkan Aweera, Enggan...

SELEPAS dilaporkan dipukul oleh bekas teman lelakinya Aweera, Nurul Shazia atau lebih mesra...

Stesen Injap Petronas Di Kulim Terbakar

KULIM – Anggota bomba mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengawal kebakaran di sebuah stesen injap Petronas M417 Lunas, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, gas metana yang dilepaskan di sebatang paip pelepasan gas di stesen injap itu dikesan terbakar.

Bagaimanapun kawasan itu tidak mempunyai penempatan penduduk dan berlaku dalam kawasan ladang kelapa sawit.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.35 malam dan tiba di lokasi jam 8.47 malam.

Beliau berkata, operasi disertai seramai enam anggota termasuk penyelia bersama sebuah jentera dan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Kulim serta bantuan dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lunas.


“Setibanya di lokasi, didapati api sedang marak dan operasi pemadaman dilakukan untuk mengawal api daripada terus merebak.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.15 malam dan dipadam sepenuhnya pada jam 10 malam tadi,” katanya.

Hamizul Azwan berkata, kebakaran itu tidak membabitkan mangsa, kecederaan atau kemalangan jiwa. – BH ONLINE

Kategori