Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tan Sri Azman Hashim...

KUALA LUMPUR - Usahawan Tan Sri Azman Hashim mengumumkan sumbangan dana RM30 Juta kepada...

Isteri Bekas Atase Kedutaan...

SEPANG - Isteri bekas Penasihat Pertahanan di Kedutaan Turki di Malaysia dihukum denda...

Curi Besi Perancah, Penganggur...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah...

Usahawan Kelahiran Johor Kreatif...

JOHOR BAHRU - Kreatif dalam menghasilkan barangan melalui rekaan grafik, seorang usahawan muda...

STB Anjur Pelancongan Berasaskan Komuniti Luar Bandar

KOTA KINABALU – Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan mengadakan Jerayawara Pelancongan Berasaskan Komuniti di luar bandar bagi mempromosikan tarikan pelancongan luar bandar di negeri ini pada 28 dan 29 Nov, kata Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Datu Rosmadi Sulai hari ini.

Beliau berkata jerayawara itu, yang dianjurkan untuk kali kedua, bertujuan menarik pelancong luar dan dalam negara untuk melancong ke luar bandar Sabah, sekali gus menjana pendapatan penduduk di kawasan berkenaan.

“Berbanding empat daerah yang menyertai program ini tahun lepas, tahun ini sebanyak 14 daerah akan terlibat.

“Di samping itu, program ini juga akan mengadakan kempen tanpa plastik bersama sebuah syarikat penapis air bagi menggalakkan masyarakat supaya mengurangkan penggunaan plastik,” katanya pada sidang media mengenai program itu di sini.

Datu Rosmadi berkata penganjuran jerayawara itu merupakan sinergi antara agensi kerajaan negeri iaitu STB dan Sri Pelancongan Sabah, dan pihak swasta iaitu Suria Sabah, yang menaja tempat penganjuran jerayawara itu.


Beliau berkata selain mempromosikan tempat menarik di luar bandar, jerayawara itu turut mempromosikan produk pelancongan luar bandar seperti penginapan desa, berkhemah dan aktiviti eko pelancongan.

Bagi merancakkan lagi perkembangan industri pelancongan berasaskan komuniti di luar bandar, Datu Rosmadi berkata Majlis Tindakan Pelancongan diaktifkan di kebanyakan daerah di negeri ini bagi mengenalpasti dan membangunkan produk berkaitan pelancongan untuk manfaat penduduk setempat, sekali gus menyumbang kepada ekonomi negeri. – BERNAMA

Kategori