Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tekad Tingkatkan Ekonomi...

KUALA BERANG - Kejayaan Projek Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) mencapai sasaran penyertaan...

Ismail Sabri Zahir Ucapan...

Kuala Lumpur : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada Naib...

Padah Sebut Nenek Rasis:...

GEORGE TOWN - Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan merana! Itulah bidalan...

Nenek Selamatkan Nyawa Cucu

Seremban - Demi memastikan cucunya terselamat, seorang nenek mengerahkan segala kudrat mendukung kanak-kanak...

Statut Rom: “Rakyat Perlu Berterima Kasih Kepada TMJ”

SHAH ALAM – Rakyat negara ini patut berterima kasih dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendedahkan penipuan kerajaan berhubung isu Statut Rom.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam berkata, sekiranya penipuan itu tidak didedahkan, sudah pasti tidak akan berlaku u-turn pertama pada 5 April yang menyatakan ratifikasi Statut Rom bakal dibatalkan.

“Namun, hari ini rakyat Malaysia kena sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada orang yang (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) gelar ‘bodoh’ ini kerana telah menyelamatkan kita daripada dibodohkan sekali lagi. Penentangan TMJ terhadap ratifikasi Statut Rom walaupun Mahathir sudah mengumumkan pembatalan ratifikasi ternyata berasas.

“Mahathir kali ini membuat o-turn dengan menyatakan ratifikasi Statut Rom akan dikaji semula dan mereka akan menjelaskan kepada rakyat tentang kebaikan Statut Rom supaya rakyat boleh terima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tindakan o-turn Mahathir itu sememangnya sudah lama dijangka.


“Itu sebabnya kita tidak bernah berhenti melakukan jelajah menentang Statut Rom. Saya agak kecewa dengan sikap Mahathir yang tidak mempunyai rasa kekok atau bersalah apabila terus menipu rakyat negara ini,” katanya. – Sinar Harian

Kategori