Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SWAT Berjaya Bunuh Buaya...

KUCHING - Seekor buaya dewasa berukuran 4.39m panjang berjaya dibunuh di Sungai Samarahan,...

Pemuda Tikam Bekas Tunang...

KLUANG - Pihak polis sedang giat memburu seorang pemuda yang disyaki menikam gadis...

Najib Dilantik Pengerusi Lembaga...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mengumumkan lantikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Angka Kematian Akibat Ebola...

GENEVA - Lebih 6,900 orang maut akibat virus Ebola, kebanyakannya di barat Afrika,...

Statut Rom: Dengar Pandangan Pihak Berkepentingan

KERAJAAN seharusnya membentangkan terlebih dahulu berhubung penyertaan negara dalam Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi mendengar pandangan pihak berkepentingan dan rakyat.

Pakar Perlembagaan, Dr. Muhammad Fathi Yusof berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“Apabila sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan awam dan negara adalah wajar untuk kerajaan kemukakan dahulu untuk mendapatkan reaksi orang berkepentingan.

“Kita mengambil contoh mengenai isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang mendapat tentangan ramai pihak hingga akhirnya kerajaan membuat keputusan menolak untuk melaksanakan perkara itu.

“Bagaimanapun, saya percaya kerajaan telah membuat penelitian yang sewajarnya namun ada beberapa aspek yang perlu diteliti lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Muhammad Fathi lagi, sebelum ini terdapat beberapa negara yang turut menyertai ICC, namun menarik balik penyertaan mereka selepas itu.

“Kalau dilihat kepada perkembangan itu, jelas memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena (dengan ICC) dan perkara itulah yang kerajaan kena teliti secara mendalam supaya ia tidak menggugat perkara yang melibatkan kepentingan Raja-raja Melayu,” katanya.

Terdahulu, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa kerajaan pusat tidak merujuk Majlis Raja-raja Melayu ketika membuat keputusan menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).


Menerusi satu kenyataan yang dibuat menerusi akaun Twitter miliknya, Tunku Ismail dilaporkan berkata, langkah kerajaan untuk menyertai Statut Rome akan menjadikan Raja-raja Melayu tidak relevan dan memberi kesan kepada kedudukan Melayu dan Islam di Malaysia.

Bagaimanapun, Wisma Putra dalam satu kenyataan, berkata kedudukan Seri Paduka tidak akan terancam.

Jelas kenyataan itu lagi, Dr. Mahathir pada 26 Disember 2018 telah menulis kepada pemangku Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Nazrin Shah berkenaan Statut Rom.

ICC telah ditubuhkan di bawah Statut Rom dan telah berkuat kuasa pada tahun 2002. – Sinar Harian

Kategori