Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Gol Lukaku Dalam...

ROMELU Lukaku menjaringkan gol dalam kemunculan pertamanya buat Manchester United dengan kemenangan selesa...

Akhirnya White House Respons...

WASHINGTON DC – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama lewat Khamis mula...

Mangsa Lemas Di Sungai...

PEKAN - Mayat seorang lelaki yang bertindak terjun ke dalam Sungai Pahang selepas...

Sebab Mahathir Lambat Lantik...

KERAJAAN baharu Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah...

Statut Rom Ancam Keistimewaan Agong, Raja-Raja Melayu

SHAH ALAM – Bidang kuasa dimiliki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi kes-kes jenayah seperti dipersetujui dalam Statut Rom dikhuatiri boleh mengancam kedudukan dan keistimewaan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan raja-raja Melayu.

Pensyarah di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Hisham Mohd Kamal berkata, ini kerana sebarang kekebalan dimiliki ketua negara atau ketua turus angkatan tentera dalam undang-undang negara adalah tidak terpakai di ICC.

Katanya, ini bermakna YDPA sebagai ketua negara dan ketua turus angkatan tentera negara boleh didakwa di ICC atas kesalahan dilakukan jeneral atau mana-mana pegawai tentera yang berada di bawah kawalan efektif YDPA.

“Statut Rom membenarkan sesebuah negara itu untuk menghukum terlebih dahulu penjenayah perang atau orang yang melakukan jenayah terhadap kemanusiaan. Sekiranya negara itu tak mampu atau tak mahu melakukan pendakwaan, barulah ICC mempunyai bidang kuasa terhadap penjenayah perang ini.

“Dalam Perlembagaan kita, memang ada Mahkamah Khas untuk raja-raja tetapi hanya untuk perkara peribadi dan bukan dari aspek urusan rasmi. Namun, di bawah Statut Rom mereka tiada kekebalan dan tidak boleh mempertahankan diri menggunakan alasan urusan rasmi,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, kerisauan yang timbul adalah jika YDPA sebagai ketua turus angkatan tentera gagal menghalang keputusan dibuat jeneral yang melanggar prinsip dan undang-undang perang.

“Walaupun YDPA adalah ketua turus angkatan tentera namun YDPA tetap bergantung kepada keputusan dan kebijaksanaan jeneral mengatur strategi perang. Tetapi adakah YDPA mampu memastikan keputusan dibuat ini bertepatan dengan undang-undang perang dan tidak melanggar prinsip perkadaran dan kehati-hatian?” soalnya.

Malah, katanya, walaupun ada pihak menyifatkan tidak perlu bimbang kerana tiada kecenderungan untuk YDPA atau angkatan tentera mengambil tindakan berperang dengan negara lain, ia tidak boleh dijadikan alasan.


“Perlu diingat bahawa undang-undang perang turut terpakai jika negara kita diserang. Dalam keadaan terdesak, ada kemungkinan negara diserang mengambil pendekatan yang melanggar undang-undang perang,” katanya.

Mohd Hisham berkata, bagi memastikan negara ini mampu dan hendak melakukan pendakwaan sendiri, pindaan Perlembagaan perlu dilakukan.

“Ini kerana Perlembagaan memperuntukkan Mahkamah Khas raja-raja ini hanya untuk kes peribadi dan bukan hal rasmi. Masalahnya ialah kita tak ada undang-undang lagi di peringkat negara tetapi terus bersetuju dengan Statut Rom.

“Memang benar perdana menteri atau menteri luar boleh memberi persetujuan kepada perjanjian ini selain YDPA. Namun disebabkan ia membabitkan raja-raja Melayu yang akan bergilir-gilir jadi YDPA, maka kerajaan sepatutnya dapatkan perkenan Majlis Raja-raja terlebih dahulu,” katanya. – Sinar Harian

Kategori