Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penyelewengan LPG: Kerajaan Kerugian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM10.5 juta akibat kes penyelewengan gas...

Wanita Warga Emas Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai terjatuh lalu terhantuk...

PAU: Medan Serius Bincang...

KOTA BHARU - Perhimpunan Agung UMNO 2016 hujung bulan ini, perlu menjadi medan...

Berhati-hati Pulang Ke Kampung...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati  orang ramai supaya berhati-hati...

Status Quo 2 ADUN Bersatu Pulau Pinang Kekal

GEORGETOWN – Status quo dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang setakat ini kekal sehingga keputusan lanjut daripada kerajaan Persekutuan dibuat kelak.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Teh Lai Heng berkata, perkara itu diputuskan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow selepas pertemuan dengan ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim sebentar tadi.

“Dalam perjumpaan tersebut, kedua-dua ADUN berkenaan menyatakan sokongan terhadap Ketua Menteri dan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Terdahulu, Khaliq dan Zolkifly mengadakan pertemuan bersama Kon Yeow di Pejabat Ketua Menteri, Kompleks Tunku Abdul Rahman (Komtar) di sini tadi.

Khaliq tiba pada jam 12.46 tengah hari manakala Zolkifly pada jam 12.55 tengah hari.

Mereka ditemani pegawai khas masing-masing untuk bertemu Kon Yeow dipercayai bagi membincangkan situasi politik ketika ini.


Usaha untuk mendapatkan komen daripada wakil rakyat itu bagaimanapun gagal apabila mereka enggan bertemu media.

Pertemuan sulit itu diadakan tanpa jemputan media.

Tiga hari lalu, Bersatu mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu diumumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui satu kenyataan dengan menyatakan ia diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam mesyuarat khas yang diadakan 24 Februari lalu. – Sinar Harian

Kategori