Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Info Disalur SPRM Punca...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Tuah Pasangan Backpacker Nikmati...

INI memang jarang-jarang berlaku dalam perkhidmatan penerbangan apabila pasangan pengembara backpacker ini menikmati perjalanan...

Skim Insurans Kesihatan Bantu...

PUTRAJAYA - Skim insurans kesihatan sosial bagi kategori golongan isi rumah berpendapatan rendah...

NACP Bukti Tindakan Bukan...

PUTRAJAYA - Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023 adalah satu pernyataan yang tegas dari...

Starbucks Latih Pekerja Elak Diskriminasi Kaum

SEATTLE – Starbucks dilaporkan akan menutup lebih 8,000 cawangannya di Amerika Syarikat (AS) pada akhir bulan depan bagi mengendalikan latihan mengelak diskriminasi perkauman.

Rangkaian syarikat kopi terkemuka itu menutup operasi pada 29 Mei, sekitar waktu tengah hari bagi mengadakan latihan yang bertujuan mendidik hampir 175,000 staf daripada melakukan diskriminasi di premis perniagaan itu.

Latihan tersebut diadakan susulan protes orang ramai terhadap penangkapan dua lelaki kulit hitam yang dikatakan hanya sedang menunggu untuk bertemu seseorang di cawangan Starbucks Philadelphia.

Tindakan pengurus kedai yang menghubungi pihak polis tempatan dan membawa kepada drama penangkapan itu sekali gus mengundang kemarahan ramai malah terdapat usaha untuk boikot Starbucks.

Ketua eksekutif Starbucks, Kevin Johnson berkata dia telah mengambil iktibar daripada kesalahan tersebut dan mengambil langkah perlu untuk memperbaikinya agar tidak lagi berulang.


Johnson dilaporkan berada di Philadelphia selama beberapa hari untuk bertemu dengan dua lelaki yang ditahan dan mengadakan perbincangan.

“Penutupan operasi untuk latihan diskriminasi perkauman hanyalah satu langkah dalam perjalanan yang memerlukan dedikasi syarikat dan rakan kongsi kami,” kata Johnson. – BBC

Kategori