Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Tangan Kudung &...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang kudung tangan kanannya dan seorang jurujual didakwa...

Isu Integriti Cabaran Besar...

KUALA LUMPUR - Tanggal 25 Mac 2021, usia Polis Diraja Malaysia (PDRM) genap...

Seorang Maut, Kereta Terbabas...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah apabila kereta...

Polis Rampas Ganja Bernilai...

ALOR SETAR – Polis merampas 533 ketulan ganja mampat seberat 527.9 kilogram bernilai...

“Sumpah Saya Tak Ambil” – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berhubung penerimaan wang 1MDB.

Mstar melaporkan, Muhyiddin yang merupakan bekas timbalan perdana menteri berkata, tiada satu sen pun wang diterima olehnya dan bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal daripada dana berkenaan.

“Saya bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi saya dan Shafie tidak menerima satu sen pun wang 1MDB.

“Itu fitnah. Tiada satu sen pun yang masuk dalam poket, pakej umrah itu ditaja oleh syarikat,” katanya ketika berucap dalam satu program di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, malam Rabu.

Nazri sebelum ini mendakwa beliau adalah antara penerima dana dari derma RM2.6 bilion manakala Muhyiddin dan Shafie didakwa menerima sebahagian lebih besar daripada dana tersebut.


Shafie bagaimana pun berkata, kenyataan yang dibuat oleh Nazri adalah tidak masuk akal dan palsu.

“Apa yang saya tahu, Najib tidak pernah beri saya apa-apa wang daripada 1MDB,” katanya yang juga Ahli Parlimen Semporna.

Malah katanya, perbincangan yang dibuat dengan perdana menteri hanya membabitkan bantuan untuk menunaikan umrah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori