Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Belum Sampai Ajal, Pelajar...

BERPANTANG maut sebelum ajal...Tular satu rakaman di media sosial memaparkan seorang pelajar lelaki...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk...

Tindakan Tegas Ke Atas...

TEMERLOH - Suruhanjaya Pengangkuatan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan tegas dan tidak...

Jet F-16 Indonesia Terbalik...

PEKANBARU - Sebuah jet pejuang F-16 milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI...

Sri Ram Tahu Keputusan Ujian Covid-19 Esok

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Gopal Sri Ram yang merupakan Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan tahu mengenai keputusan ujian koronavirus (Covid-19) yang dijalaninya, esok.

Semasa dihubungi Bernama, bekas hakim mahkamah persekutuan itu berkata ujian itu dijalankan oleh pasukan perubatan diketuai Dr Ashween Kaur, di sebuah pusat perubatan di sini, minggu lepas.

“Keputusan akan diketahui esok. Tetapi, saya sihat, saya akan teruskan tugas pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB Khamis ini,” katanya dengan penuh yakin.

Khamis lepas, Sri Ram memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah yang mendengar kes perbicaraan 1MDB bahawa beliau diminta menjalani ujian buat kali kedua kerana merupakan kontak rapat dengan dua pesakit dalam siasatan (PUI) bagi Covid-19.

Pada hari yang sama, perbicaraan dilapangkan selepas mahkamah dimaklumkan oleh peguam utama yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa iparnya merupakan kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 dan telah berhubung secara terus dengan Muhammad Shafee pada 12 Mac


Pada Jumaat lepas, Muhammad Shafee dan pasukan peguam belanya disahkan negatif virus itu.

Hakim Sequerah menetapkan Khamis ini untuk sambung bicara dengan Muhammad Shafee dijangka meneruskan pemerikaan balas terhadap saksi kesembilan pihak pendakwaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Kategori