SRC: Pendakwaan Tuntut Maaf Daripada Najib

KUALA LUMPUR – Pasukan pendakwaan di perbicaraan SRC Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfail permohanan formal meminta satu perintah mahkamah bagi mendesak bekas perdana menteri itu memohon maaf kerana postingnya di Facebook yang beliau buat minggu lepas berhubung perbelanjaan kad kreditnya. 

Bagaimanapun, Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali yang mendengar kes itu di Mahkamah Tinggi di sini, mahukan pihak pendakwaan menjelaskan apa sebenarnya yang mereka pohon daripada mahkamah.

“Apa bentuk permohonan? Anda mahu tertuduh memohon maaf daripada mahkamah?” tanya hakim kepada Peguam Negara (AG) Tommy Thomas, yang mengetuai pasukan pendakwaan pada hari ke-42 perbicaraan.

“Kami mahukan permintaan maaf atas beberapa posting yang lepas dan janji yang beliau tidak akan lakukannya lagi pada masa depan,” kata Thomas.

Mohd. Nazlan: Permohanan ini amat kabur, Tidak ada penjelasan tentang apa yang ofensif atau apa yang boleh dianggap sub judice. Lebih baik (buat) satu permohonan formal oleh pihak pendakwaan.

Loading...