Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PM Ucap Tahniah Di...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Kebakaran Tahfiz: Rayuan Pemuda...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menjadualkan semula kepada 21 Mac depan, bagi mendengar rayuan...

Pelakon Nikita Mirzani Didakwa...

PAKAR psikologi forensik terkenal Indonesia mendedahkan, pelakon dan model Nikita Mirzani menjual tubuh sebagai...

Dr. Abdul Rani Osman...

SUNGAI BESAR - PAS menamakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr. Abdul...

Kes SRC: Najib Didapati Bersalah Atas 7 Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tujuh pertuduhan tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan yang dikenakan.

Selepas dua jam membaca keputusan penghakimannya, Mohd Nazlan berkata, pihak pembelaan gagal mematahkan dakwaan dalam salah satu pertuduhan, tertuduh (Najib) gagal memberi jawapan berhubung pengeluaran wang daripada akaun bank.

“Mahkamah juga memutuskan tertuduh sepatutnya tahu baki wang dalam akuannya dan patut memulangkan semula RM42 juta daripada SRC.

“Lebih-lebih lagi selepas mengetahui ia bukan hasil derma daripada Kerajaan Arab,” katanya.

Bagaimanapun hukuman yang akan dikenakan ke atas Najib akan diumumkan Isnin depan.

Pada 11 November tahun lalu, Mohd Nazlan memerintahkan Najib membela diri terhadap tiga dakwaan pecah amanah jenayah (CBT), tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan salah guna kuasa.


Ahli Parlimen Pekan itu didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos tahun lalu pula, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dari dana sama.

Bekas Perdana Menteri itu didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 17 Ogos 2011 hingga 2 Mac 2015.

Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib. – Sinar Harian

Kategori