Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bahasa Kebangsaan Bukan Penentu...

PUTRAJAYA - Kejayaan dan kemajuan sebagai satu bangsa bukan hanya ditentukan oleh bahasa...

Tiada Undang-Undang SPAD Kekang...

KAMPAR - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak mempunyai kuasa untuk mengekang perkhidmatan...

Pengganas Daesh Tak Didorong...

KUALA LUMPUR - Pengganas Daesh adalah penjenayah dan gerakan mereka tidak didorong oleh...

Piala FA: Pahang Sekat...

JUARA bertahan Pahang meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga Piala FA selepas menundukkan Johor...

SPRM Tumpas Sindiket Kartel Projek RM3.8 Bilion

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan sindiket kartel projek dengan penahanan tujuh individu termasuk seorang ketua sindiket, pada Ahad.

Menurut sumber, sindiket kartel projek yang beroperasi sejak 2014 itu telah memonopoli sebanyak 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara dengan nilai projek RM3.8 bilion.

“Ketua sindiket berusia 47 tahun itu mengawal lebih 150 buah syarikat yang berfungsi untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi yang terlibat.

“Ketua sindiket itu menggajikan individu sebagai pengarah syarikat yang sebenarnya dimiliki dia sendiri dengan menumpukan projek penyelenggaraan fasiliti dan projek pembangunan,” katanya pada Isnin.

Tambah sumber itu, sindiket terbabit dipercayai mendapat kerjasama ‘orang dalam’ bagi memastikan syarikat di bawah kawalannya dibenarkan masuk tender atau sebut harga.

Katanya, modus operandi kartel itu ialah membayar rasuah kepada ‘orang dalam’ untuk mendapat maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan, kelayakan syarikat dan masa yang sesuai untuk menghantar borang tender dan sebut harga.

“Taktik ‘mengepung harga’ iaitu dengan menyertai sesuatu tender menggunakan sejumlah besar syarikat yang berada di bawah kawalan ketua sindiket. Syarikat-syarikat terbabit akan memasuki tender mengikut harga yang berbeza berdasarkan harga siling yang ditetapkan.


“Hasil risikan juga mendapati sindiket ini telah menggunakan nama beratus individu untuk membuka syarikat-syarikat di bawah naungannya. Setiap individu akan dibayar gaji bulan dan komisen sebagai imbuhan bagi penggunaan nama dan butir-butir peribadi,” katanya.

Katanya lagi, dipercayai butir-butir kelayakan akademik dan kelayakan profesional bagi kebanyakan penama yang digunakan untuk menubuhkan syarikat adalah palsu. Setiap syarikat juga dikatakan menggunakan penyata kewangan palsu untuk melayakkan mereka memasuki tender.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan tidak menolak lebih banyak tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Kes disiasat di bawah seksyen 17 dan 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya. – Sinar Harian

Kategori