Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengarah Didakwa Rasuah, Gubah...

MELAKA - Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Khalid Omar didakwa di...

Video: Hidang Secara Kasar,...

RAKAMAN video memaparkan insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan pelanggan dan beberapa individu di sebuah...

Persimpangan Bertingkat Jimatkan Masa...

SEREMBAN - Persimpangan bertingkat Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)-Jalan Temiang, yang bakal memberi manfaat kepada...

Lelaki Ditahan Keluarkan Kata-Kata...

JOHOR BAHRU - Polis hari ini menahan seorang lelaki dipercayai individu yang bertanggungjawab...

SPRM Tidak Telefon Individu Dapatkan Butir Peribadi

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi panggilan telefon, e-mel atau sebarang medium media sosial untuk mendapatkan butiran peribadi dan sulit bagi tujuan menjalankan siasatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata sejak kebelakangan ini suruhanjaya itu menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan panggilan dan permohonan palsu tersebut.

“Orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini dinasihatkan agar terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian 1-800-88-6000 dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my,” demikian menurut kenyataan itu.

SPRM juga berharap orang ramai lebih peka serta berkongsi maklumat ini dengan masyarakat sekeliling. – BERNAMA

Kategori