SPRM Tak Pernah Berurusan Dengan Syarikat Israel

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bahawa agensi itu melakukan urus niaga dengan sebuah syarikat sekuriti siber Israel seperti dilaporkan sebuah portal.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, menegaskan agensi itu tidak pernah berurusan mahupun mengenali sebarang syarikat Israel yang dikatakan terbabit dalam pembelian teknologi pemantauan.

Malah, beliau berkata, pihak yang meragui kenyataannya itu boleh memeriksa dengan pihak Kementerian Kewangan berhubung sebarang perjanjian atau transaksi berkaitan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Saya tidak tahu bagaimana isu ini timbul. Saya ingin menjelaskan bahawa SPRM tidak pernah berurusan, bekerjasama atau mengenali syarikat yang dikaitkan dengan pembelian itu. Saya sendiri tidak mengetahui kewujudan syarikat itu.

“Sesiapa saja boleh memeriksa sebarang perjanjian (pembelian teknologi) di MOF kerana setiap kelulusan diberi oleh kementerian itu. Setakat ini, dakwaan itu tidak benar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, laporan sebuah portal mendakwa syarikat Israel terbabit dalam pembelian teknologi pemantauan bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Laporan portal itu juga mendakwa bahawa teknologi dibeli itu dikatakan untuk kegunaan pemantauan terhadap rakyat Malaysia dan perjanjian dikenali sebagai ‘Project Magnum’ dimuktamadkan pada April 2018 melalui sebuah syarikat kecil sekuriti siber Israel dikenali sebagai Senpai Technologies Ltd. – BH Online

Loading...