Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Iraq Hukum Gantung 38...

BAGHDAD - Iraq menjatuhkan hukuman gantung ke atas 38 militan Daesh atas tuduhan...

Gambar Tukang Sapu Kudung...

HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih..Itulah peribahasa yang sangat sinonim dan sesuai...

Jutawan Sombong Langgar Mati...

INDIA – Sikap sombong dan angkuh seorang jutawan, Mohammed Nisham, akhirnya membawa dia ke...

RON97 Turun 1 Sen,...

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON97 turun satu sen seliter kepada RM2.50 seliter...

SPRM Tahan 3 Anggota Polis Di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga anggota polis kerana meminta dan menerima rasuah daripada seorang pemandu kenderaan sebanyak RM500.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban berkata seorang koperal dan dua lans koperal berusia 26 hingga 28 tahun itu ditahan pukul 4 petang serta 11 malam tadi ketika sedang bertugas di Balai Polis Seberang Jaya, di sini.

“Berdasarkan siasatan, mereka meminta rasuah daripada seorang pemandu kereta yang melakukan kesalahan memandu kenderaan dengan cukai jalan tamat tempoh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya tiga anggota polis itu direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Abdul Aziz berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori