Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Lima Tahun Didera...

PASIR MAS - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera di beberapa anggota...

Pura-Pura Nak ‘Trade In’...

BERLAKON seolah-olah ingin 'trade-in' telefon bimbit, tapi rupa-rupanya ada makna di sebalik kisah...

6 Tanda Menakutkan Robot...

HOLLYWOOD telah banyak kali mengingatkan kita tentang kebangkitan robot dan kepintaran buatan yang...

Kluster Tempat Kerja Dominasi...

KUALA LUMPUR - Sejak berbulan lamanya, kluster tempat kerja terus mendominasi jumlah kluster...

SPRM Geledah Pejabat Seleweng Tanah Di Johor

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih dalam proses menggeledah beberapa pejabat pemaju bagi mendapatkan dokumen-dokumen berhubung siasatan berhubung isu rasuah dan penyelewengan melibatkan tanah-tanah negeri Johor.

Menurut sumber SPRM, setakat hari ini lebih 15 saksi sudah direkodkan keterangan berhubung siasatan rasuah itu dan lebih ramai lagi dijangka dipanggil untuk membantu siasatan dalam masa terdekat.

Tidak ada sebarang tangkapan baru dibuat setakat hari ini berhubung siasatan kes itu, menurut sumber berkenaan.

Tambahnya, SPRM juga masih dalam proses meneliti semua dokumen yang telah dirampas dalam beberapa siri operasi yang dilancarkan sejak 24 Februari lepas.

“Kita dalam proses mendapatkan maklumat-maklumat dan bukti-bukti yang dapat membantu siasatan,” menurut sumber terbabit.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan kes tersebut dan meminta semua pihak memberikan masa kepada SPRM untuk menyelesaikan siasatan.


Jumaat lepas, enam individu berusia antara 25 dan 50 tahun diberkas SPRM di beberapa lokasi di Johor Bahru, terdiri daripada anak dan pegawai khas seorang pegawai kerajaan negeri, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang awam.

SPRM berkata kesemua suspek disyaki bersubahat dalam kes pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis di Johor.

Selain tangkapan, turut dirampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen. Sebanyak 45 akaun bank milik kesemua suspek melibatkan jumlah kira-kira RM15.5 juta turut dibekukan. – BERNAMA

Kategori