Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Keputusan Najib Boleh Panggil...

KUALA LUMPUR - Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memanggil pakar tulisan tangan...

Musa Pengerusikan Mesyuarat Pertama...

KOTA KINABALU - Tan Sri Musa Aman hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet...

Melaka Lantik 316 Pengerusi...

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka melantik 316 individu sebagai Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti...

Tembak Mati 5 Pengikut...

Riyadh - Seorang lelaki bersenjata menembak mati lima orang di perhimpunan Syiah di...

SPRM Sangkal Dakwaan Terima Arahan “Butakan Mata” Kes TH

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan kononnya suruhanjaya itu telah menerima arahan untuk ‘membutakan mata’ terhadap bukti serta mengugut saksi dalam siasatan kes melibatkan seorang pegawai kanan Lembaga Tabung Haji.

Dalam satu kenyataan, SPRM menegaskan bahawa pihaknya sentiasa bersikap profesional dan mengikut ‘rule of laws’ semasa menjalankan siasatan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Tangkapan atau penahanan yang dilakukan SPRM bertujuan untuk membantu siasatan berdasarkan asas-asas kukuh.

“SPRM sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), undang-undang dan peraturan yang ditetapkan semasa menjalankan siasatan dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu atau organisasi demi membersihkan negara ini daripada jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Perbuatan mengeluarkan kenyataan oleh mana-mana pihak atau individu berhubung kes yang sedang disiasat boleh mengganggu dan menjejaskan perjalanan siasatan yang juga seolah-olah memaksa SPRM mendedahkan hasil siasatan kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.


SPRM turut berkata suruhanjaya itu tidak akan membuat sebarang pendedahan terhadap hasil siasatan dan hanya akan menyerahkan kertas siasatan yang lengkap kepada Jabatan Peguam Negara selaku Pendakwa Raya bagi membuat keputusan secara profesional. – BERNAMA

Kategori