Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Mayat Hampir Reput...

KEMAMAN - Mayat dua lelaki yang hampir reput dijumpai dalam sebuah sub stesen...

Mosti Harap Agensi Dapat...

PUTRAJAYA - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berharap dua agensinya – Institut Piawaian...

Perlu Ambil Tindakan Pihak...

BATU PAHAT - Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba...

Pendekatan Kempen PRU Ke-14...

BANGI - Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu mengubah pendekatan berkempen daripada bersemuka...

SPRM Sahkan Siasat 6 Isu Babit Kes FGV

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memulakan siasatan berhubung isu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melibatkan beberapa individu dalam organisasi tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pegawainya telah menggeledah ibu pejabat FGV semalam dan merampas dokumen yang berhubung kait dengan siasatan kes tersebut bagi membantu siasatan.

“SPRM kini dalam proses mengkaji dokumen-dokumen yang dirampas untuk mengumpul bukti-bukti berhubung siasatan tersebut sebelum tindakan lanjut diambil.

“Sehubungan itu, SPRM juga akan mula memanggil saksi-saksi dan individu-individu terlibat bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azam menjelaskan, siasatan SPRM dalam kes itu tertumpu kepada enam isu melibatkan FGV dan kesemua isu tersebut akan dikaji secara terperinci untuk memastikan sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa.


Ia perlu diteliti pihak SPRM sebelum tindakan lanjut boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang.

“SPRM meminta semua pihak untuk memberikan masa dan ruang kepada pasukan penyiasat dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori