Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Sangkal Dakwaan Melobi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia hari ini menjelaskan bahawa ia tidak mempunyai hubungan...

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku...

‘Siti Nurhaliza Tahu Kenapa...

AGAK terkejut kami melihat screenshot status Facebook pencipta dan penggubah lagu, Saari Amri mengenai keadaan Zamani kini...

Saksi Gerhana Bulan Penuh...

PORT DICKSON - Balai Cerap Teluk Kemang di sini akan mengadakan cerapan fenomena...

SPRM Rampas Baja Subsidi, Benih Padi RM150,000

ALOR SETAR – Pihak berkuasa Kedah merampas 33 tan baja bersubsidi dan 100 tan benih padi bernilai RM150,000 dalam satu serbuan ke atas sebuah gudang di Simpang Empat, semalam.

Operasi yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah bersama-sama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) itu susulan dakwaan gudang tersebut menjalankan aktiviti penjualan baja dan anak padi secara tidak sah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah SPRM Kedah, Shaharom Nizam Abd Manap berkata SPRM difahamkan ada pihak membekalkan baja bersubsidi kepada pihak gudang tersebut untuk dibungkus semula dan dipasarkan pada harga tinggi.

“Terdapat beberapa longgokan baja subsidi di dalam gudang tersebut dan pihak KPDNHEP menyita 33 tan baja yang dianggarkan bernilai RM53,000 manakala MOA pula menyita 100 tan anak benih padi yang tidak sah dianggarkan bernilai RM97,000,” katanya.

Shaharom Nizam berkata pemilik gudang terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan lanjut kepada KPDNPHEP untuk siasatan menurut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang boleh dikenakan kompaun sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.


“Kes itu turut disiasat mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000,” katanya.

Kategori