Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suami Disebat Isteri Sebab...

SELALU kita dengar kes suami yang sering pukul isteri jika keinginan seksnya tidak...

Separuh Kanak-Kanak Di Dunia...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU - Sejumlah 2.5 bilion dos vaksin telah diberikan kepada kanak-kanak...

Wanita ‘Besi’: Dulu Tauke...

INDAH sungguh ciptaan Allah! Manis senyumannya, redup matanya... Dah ada yang berpunya atau...

Gesa Malaysia Kongsi Bukti...

BRITAIN pada Isnin menggesa Malaysia berkongsi bukti ‘VX Nerve Agent’ yang membunuh abang...

SPRM Kesan Tiga Saksi Bantu Perbicaraan Dan Siasatan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga saksi bagi membantu perbicaraan kes dan siasatannya.

Individu pertama ialah Tee Wee Sing, 41, yang mempunyai dua alamat iaitu di 98, Jalan Senggarang 2, Taman Sri Senggarang, Batu Pahat, dan No. 7, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa, Batu Pahat.

Seorang lagi saksi ialah Ho Kok Seng, 40, dan mempunyai tiga alamat di No. 7, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa, Batu Pahat; No. 16, Jalan 2, Taman Mutiara, Jalan Kluang; dan No. 98, S/S2, Taman Sri Senggarang 11, Senggarang.

SPRM dalam kenyataannya meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Roazfaniza Roslim di talian 03-8870 0334 atau emel ke [email protected].

Sementara itu, SPRM juga sedang mengesan seorang lelaki bernama Bashron Abu Bakar, 42, dengan alamat terakhir di Kampung Bubul Lama, Semporna bagi membantu siasatan kes SPRM Negeri Sabah Cawangan Sandakan.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Zaidatul Faznie Zakaria di talian 012-816 8687. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori