SPRM Diminta Siasat Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera Johor

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menyiasat dakwaan terdapat penyelewengan ke atas Tabung Akaun Amanah…

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menyiasat dakwaan terdapat penyelewengan ke atas Tabung Akaun Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera Negeri Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang Khairuddin Abdul Rahim berkata ia berhubung perbelanjaan sebuah agensi pelancongan menerusi lawatan kerja ke London yang didapati mencurigakan, yang dipercayai melibatkan nilai ratusan ribu ringgit.

Bagaimanapun, tarikh lawatan tidak dinyatakan.

Khairuddin berkata laporan mengenai perkara itu telah dibuat kepada SPRM hari ini.

Laporan itu, katanya, berdasarkan keterangan perbelanjaan dari jawapan lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam.

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat SPRM negeri, di sini hari ini, Khairuddin menjelaskan tabung amanah itu ditubuhkan bermatlamat membiayai kemudahan berfaedah di taman-taman perumahan.

Turut hadir ialah ADUN Permas Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh dan ADUN Pulai Sebatang Taqiuddin Cheman. – BERNAMA

Loading...