Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Arkeologi Sungai Batu Perlu...

ALOR SETAR - Tapak Arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang dalam daerah Kuala...

Simbah Cat Merah Pada...

JEMPOL : Seorang pemandu lori didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Bahau, di...

Tanda Sokongan, Lorde Hadiahkan...

INGAT lagi tak dengan kisah seorang peserta program realiti X-Factor New Zealand, Joe...

Generasi Muda Perlu Berani...

TAWAU - Generasi muda perlu berani meneroka peluang perniagaan yang jarang diceburi usahawan...

SPRM Cari Empat Individu Bantu Kes 1MDB

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat individu termasuk tiga dengan jawatan terakhir dinyatakan sebagai pegawai 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bagi membantu siasatan kes syarikat pelaburan itu.

Individu yang dicari ialah Tan Kim Loong, 40, nombor kad pengenalan 780213-14-6207 dengan alamat terakhir di No 20 M Jalan 5/40 Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur.

Tiga lagi termasuk seorang wanita disenaraikan dengan jawatan terakhir sebagai pegawai 1MDB ialah Tan Keng Chee, 53, nombor kad pengenalan 650207-10-6975 dengan alamat terakhir di 112 Jalan 5/149G Taman Sri Endah, Kuala Lumpur; Geh Choh Heng, 47, nombor kad pengenalan 710905-10-5453 dengan alamat terakhir di 27 Jalan Setia Murni Satu Damansara Heights, Kuala Lumpur; dan Loo Ai Swan,45, nombor kad pengenalan 730613-14-5160 dengan alamat terakhirnya di 25 Jalan Beringin 2 Damansara Heights, Kuala Lumpur.

“SPRM meminta individu-individu terbabit agar tampil atau menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasatan kes berkaitan,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

SPRM turut meminta pihak yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu-individu berkenaan agar menghubungi Penguasa Nur Aida Arifin di talian 03–8870 0000 (Sambungan : 0323) atau e-mel kepada [email protected] atau menghubungi Penguasa Nahar Haris di talian 03 – 8870 0000 (Sambungan: 0388) atau e-mel kepada [email protected] atau menghubungi mana-mana pejabat SPRM yang berhampiran. – BERNAMA

Kategori