Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Janna Nick, Ajak Shiro...

TAHUN 2018 melakar sejarah baharu apabila pelbagai perubahan besar berlaku kepada beberapa rancangan...

Perlis Mahu Anjur Solat...

KANGAR - Jabatan Mufti Perlis merancang untuk menganjurkan solat Istisqa buat kali kedua...

Apa Nak Jadi Kelantan!...

KESAL... Barisan Kabinet seperti ditularkan dalam media sosial yang tiada wakil dari Kelantan...

Isu Kenaikan Harga Ayam...

PUCHONG: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

SPRM Cari 2 Individu Bantu Kes SRC International

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu yang dipercayai telah melarikan diri ke luar negara bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn. Bhd.

SPRM dalam kenyataan berkata individu berkenaan dikenali sebagai Mohamed Redzuan Adamshah, 43, bernombor kad pengenalan 750204-07-5323 dengan alamat terakhir di No 1E, Cresent Court Apartment, Tingkat 1, Lengkok Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.

Seorang lagi individu dikenali sebagai Toh Lean Seng, 45, dengan nombor kad pengenalan 730904-07-5131 dengan alamat terakhir di 15-1, 231 TR Service Apartment 231, Jalan Tun Razak, 50490, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Rosli Husain di talian 03-8870 0529 atau 010-3187757 atau e-mel kepada [email protected]. – BERNAMA

Kategori