Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Macau Scam’: 25 Warga...

KUALA LUMPUR - Seramai 25 warga China dan Taiwan ditahan dipercayai terlibat dengan...

DAP Pertikai Nilai Keislaman...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertikaikan nilai keislaman dua pemimpin...

Pengganas Christchurch Mengaku Bersalah

WELLINGTON - Lelaki warga Australia yang didakwa melakukan serangan tembakan di dua masjid...

MRT Corp, Rapid Rail...

KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) dan Rapid...

SPRM Buka 70 Kertas Siasatan Terhadap JPJ P.Pinang

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kira-kira 70 kertas penyiasatan terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, ianya berikutan terdapat beberapa siri kes rasuah yang membabitkan JPJ Pulau Pinang itu.

“Siasatan sudah berada di penghujung dan kami akan cuba lengkapkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) kerana terdapat kira-kira 70 kertas siasatan harus diteliti.

“Selepas Hari Raya Aidilfitri, kita akan memperoleh keputusan daripada Pendakwa Raya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Kursus ‘Anti-Corruption Training’ untuk Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Nasional (ONACC) Thailand, di sini hari ini.

Sebelum ini, kira-kira 75 anggota penguat kuasa dan pegawai JPJ disyaki menerima rasuah daripada pemilik syarikat lori.


Setiap anggota JPJ terbabit dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 hingga RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan untuk melindungi pemandu lori lebih muatan dengan tidak mengambil tindakan.

Mereka turut didakwa membocorkan maklumat operasi yang akan dan sedang dijalankan JPJ, selain kumpulan lori berkenaan dilindungi menggunakan pelekat khas dikatakan hanya dikenali serta difahami penguat kuasa terbabit. – K! ONLINE

Kategori