Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Serangan Seksual: Maut 2...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun meninggal dunia akibat serangan jantung, kira-kira dua...

Lelong.my Mahu Capai Pendapatan...

PETALING - Syarikat induk pasaran dalam talian tempatan Malaysia, Lelong.my, Interbase Resources Sdn Bhd, mahu meningkatkan pendapatan kepada RM360...

“Pokok RM180,000 Tak Mati,...

DAKWAAN menyatakan sebatang pokok benang sutera bernilai RM180,00 yang ditanam di Kuala Nerus, Terengganu...

Jalan Raya Tertinggi Di...

GEORGE TOWN – Projek Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) di sini...

SPRM Bebas Berkawan Dengan Siapa Sahaja – Ketua Pesuruhjaya

PUTRAJAYA – Warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak membocor atau mendedahkan maklumat rahsia agensi itu, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

“Kita tidak akan halang mereka daripada berkawan, dengan syarat tidak membocorkan maklumat dan bukti yang dimiliki SPRM,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar On Gearing Up For Corporate Liability di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Anggota Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan baru-baru ini menggesa siasatan mengenai kebocoran maklumat SPRM dilakukan ekoran dakwaan Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang mengakui masih mempunyai ‘kawan’ di dalam SPRM.

Lokman yang juga Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Malaysia dalam mesej aplikasi Whatsapp yang tular pada Isnin memberitahu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata notis pemanggilan itu bukan satu rahsia kerana selepas notis diserahkan, pihak yang dipanggil boleh berkongsi maklumat mengenainya dengan orang lain.

“Bila notis diserahkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid, ia telah menjadi dokumen awam…dia boleh beritahu mengenai perkara itu kepada isteri atau peguamnya,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Shukri berkata suruhanjaya itu tidak akan menyiasat pegawainya berhubung dakwaan kebocoran maklumat seperti dalam kes Ahmad Zahid dipanggil ke SPRM itu.

Sementara itu Mohd Shukri berkata komuniti perniagaan dan aktiviti komersial ketika ini masih belum memahami peruntukan baharu seksyen 17A dalam pindaan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018 yang diluluskan Parlimen April lepas.


Menurutnya komuniti itu beranggapan peruntukan baharu seksyen itu nanti bererti jika ada ada individu dalam syarikat melakukan kesalahan rasuah, seluruh lembaga pengarah atau pengurusan tertinggi akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Kita tidak buat begitu, board atau pengurusan tertinggi hanya akan diambil tindakan sekiranya perbuatan orang bawahan di dalam pengetahuan mereka,” katanya.

Mohd Shukri berkata pengurusan tertinggi hanya dikenakan tindakan selepas siasatan dijalankan yang mendapati kesalahan itu dilakukan di dalam pengetahuan mereka.

Atas faktor itu, katanya pindaan akta itu hanya akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun daripada tarikh ia diluluskan bagi memberi peluang kepada pihaknya memberi kefahaman yang jelas kepada pihak berkepentingan. – BERNAMA

Kategori