Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Maszlee Menteri Pertama Bentang...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi yang pertama membentangkan 'kad laporan'...

33 Sekolah Dipilih Promosi...

PUTRAJAYA - Sebanyak 33 sekolah di seluruh negara dipilih untuk mempromosikan Sukan SEA...

Peruntukan Khas RM21 Juta...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM21...

PAS Sedih Komen Tidak...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan kesal dengan pihak yang sedang...

SPR Siasat Persempadanan Semula Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneruskan usahanya dalam menyelesaikan urusan siasatan tempatan kali kedua persempadanan semula kawasan pilihan raya di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Selangor dalam tempoh masa yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata ini susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu lepas tidak membenarkan permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk menghalang SPR daripada meneruskan proses siasatan tempatan kali kedua bagi persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri-negeri Tanah Melayu.

“Keputusan ini bermakna SPR boleh meneruskan tanggungjawabnya dalam menyelesaikan urusan siasatan itu dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. SPR amat menghargai dan sentiasa menghormati keputusan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada Disember lepas, SPR menangguhkan prosiding siasatan tempatan terhadap cadangan persempadanan semula di Selangor selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Kerajaan Selangor untuk menangguhkan siasatan itu.

Berhubung permohonan kedua Kerajaan Selangor untuk menghalang SPR menyerahkan laporan persempadanan semula kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Perlembagaan Persekutuan, Mohd Hasim berkata keputusan kedua yang diperintah oleh pihak mahkamah itu tidak akan menjejaskan apa-apa proses berkaitan persempadanan bahagian pilihan raya negeri-negeri Tanah Melayu.

“SPR sentiasa mematuhi dan menghormati keputusan kedua mahkamah yang menerima permohonan pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk menghalang SPR daripada menyerahkan laporan akhir syor persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri-negeri Tanah Melayu ini kepada Perdana Menteri tanpa memasukkan Negeri Selangor dalam laporan itu,” katanya.

Mohd Hasim menjelaskan ini kerana SPR sedia maklum bahawa laporan akhir hanya boleh diserahkan kepada perdana menteri setelah proses siasatan tempatan di Melaka dan Selangor diselesaikan dan kes semakan kehakiman dimuktamadkan oleh mahkamah.

“Oleh yang demikian, tidak timbul persoalan bahawa SPR akan menyerahkan laporan akhir kepada perdana menteri tanpa memasukkan Negeri Selangor atau mana-mana negeri atau tidak mematuhi keputusan mahkamat tersebut,” katanya.


Sekiranya tiada keputusan daripada pihak mahkamah pun, katanya, SPR tidak akan menyerahkan laporan akhir kepada perdana menteri kerana proses siasatan tempatan belum diselesaikan sepenuhnya di Melaka dan Selangor.

Dalam menjalankan fungsi dan peranannya itu, beliau berkata SPR juga sentiasa menjalankan tanggungjawabnya dengan mematuhi semua peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, beliau berkata andaian pihak tertentu bahawa dengan keputusan itu, mereka berjaya menghalang SPR daripada menjalankan tanggungjawabnya adalah tidak tepat kerana keputusan tersebut hanya terhad kepada proses penyerahan laporan sahaja dan bukannya melibatkan proses persempadanan yang lain.

“SPR sentiasa komited dalam usahanya untuk membawa kebaikan kepada amalan demokrasi di negara ini dan bagi menyediakan kemudahan untuk kepentingan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Kategori