Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Masyaallah.. Bayi Ini Melecur...

"BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"Sesungguhnya keluarga bayi ini diuji dengan...

JKNS Pantau Peniaga Bazar...

SEREMBAN - Peniaga di bazar Ramadan seluruh negeri ini berdepan tindakan penguatkuasaan sekiranya...

PAN Turut Label PAS...

KUALA LUMPUR - "Jika benar Pewaris Nabi, contohi Nabi S.A.W. Nabi S.A.W tidak...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak pagi ini berkurangan kepada 282 orang...

SPR Pertahan Lantikan Lajim Pemerhati PRK Sandakan

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Lajim Ukin sebagai pemerhati bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Sabah adalah mewakili kategori agensi kerajaan yang berkelayakan iaitu Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) dan tidak mewakili parti politik yang dianggotainya.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, dalam pemilihan dan pelantikan pemerhati pilihan raya, kelayakan permohonan individu atau organisasi yang memohon akan dinilai mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, SPR juga turut menyediakan Aku Janji untuk ditandatangani oleh pemerhati yang dilantik dan ikrar itu perlu dipatuhi semasa bertugas.

“Sekiranya terdapat pemerhati yang melanggarnya,mereka boleh digugurkan dan boleh disenarai hitamkan dari menjadi pemerhati pada mana-mana pilihan raya.

“Kriteria yang ditetapkan sebagai pemerhati ialah agensi berkelayakan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi berkelayakan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (syarikat yang tidak berorientasikan keuntungan sahaja),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) dalam kenyataannya semalam, berpandangan pemerhati pilihan raya sepatutnya diwakili oleh individu ataupun mana-mana organisasi yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, apatah lagi daripada parti atau gabungan yang sedang bertanding.

Mengulas lanjut, menurut Azhar Azizan, SPR mengambil maklum kenyataan Bersih 2.0 berhubung penyertaan Lajim sebagai pemerhati semasa hari penamaan calon PRK Sandakan yang mempersoalkan pelantikan Lajim yang masih aktif dalam politik yang boleh diragui boleh bersikap saksama.


“SPR peka dengan isu pelantikan pemerhati pilihan raya yang dibangkitkan oleh Bersih 2.0 serta pihak berkepentingan yang lain dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk mengkaji semula kriteria pemilihan bagi pemerhati pilihan raya,” katanya.

Jelasnya, kriteria lain untuk pelantikan itu ialah individu warganegara Malaysia yang berkemahiran dan dapat menyumbang kepada penambahbaikan proses pilihan raya, melaksanakan aktiviti yang dekat dengan masyarakat, bersikap berkecuali dan mematuhi kod etika dan aku janji pemerhati pilihan raya.

Pada hari penamaan calon PRK Parlimen Sandakan pada Sabtu lalu, Lajim dilihat memakai baju rasmi pemerhati, beliau merupakan bekas Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) yang kini telah dibubarkan dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Sabah. – K! ONLINE

Kategori