Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Bomba Cari Budak Dikhuatiri...

Tawau - Usaha mencari dan menyelamat (SAR) Muhd Famirul Aiman Rahman berusia tiga...

Malaysian Tigers Kalah Lagi...

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara terus menerima tamparan dalam persiapan menghadapi kempen...

Bom Kereta Sasar Jemaah...

Baghdad - Sebuah bom kereta yang menyasarkan jemaah Syiah yang menghadiri satu acara...

Kereta Dilanggar Dari Belakang:...

MENGAMUK, marah dan emosi yang tidak menentu. Itu antara yang akan dialami apabila...

Spesis Terancam Dibunuh Kejutkan Pelancong

PARA pelancong yang sedang menikmati keindahan ekosistem dan hidupan laut di Sabah nyata terkejut apabila terpaksa menyaksikan dengan mata sendiri pembunuhan lebih sedozen spesis ikan yang terancam.

Mereka yang sedang berada di sebuah pulau berhampiran dengan Semporna itu jelas tidak menjangkakan akan melihat 15 hidupan laut yang terdiri daripada ikan pari serta seekor ikan yu disembelih penduduk tempatan di sini.

Pembunuhan itu turut melibatkan dua ekor ikan pari manta atau pari gergasi yang berada dalam ‘senarai merah’ spesis terancam dalam Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemuliharaan Alam (IUCN), bersebelahan dengan lokasi tumpuan penyelam iaitu Big John Scuba di Pulau Mabul.

Kesemua hidupan laut tersebut dibawa ke pulau berkenaan menggunakan bot oleh nelayan dari perkampungan bersebelahan pusat menyelam terkenal itu.

Pelancong-pelancong yang kebanyakannya adalah penyelam, mengambil gambar kegiatan nelayan-nelayan itu menyembelih hidupan laut tersebut dan menyebarkannya sehingga tular di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

Pengerusi Persatuan Perlindungan Jerung Sabah, Aderick Chong berkata seekor daripada pari manta yang disembelih itu disahkan sebagai Manta birostris iaitu sejenis ikan pari terbesar di dunia yang juga merupakan spesis terancam, sementara yang lain merupakan Devil Rays.

“Saya sangat kecewa selepas mendapat tahu tentang perkara ini, terutama sekali selepas langkah positif diambil Jabatan Perikanan sebelum ini untuk melindungi hidupan laut.

“Ramai pelancong datang ke Sabah saban tahun bagi menyaksikan hidupan liar yang unik, jadi kami menggesa kita melindungi hidupan laut di sini.


“Perlindungan yang lebih ketat bukan hanya akan membantu ekosisem laut kita, ia juga akan mengukuhkan industri pelancongan negara,” katanya.

Jelas Chong, kebanyakan pelancong melawat Sabah untuk melihat hidupan terancam tersebut, menyebabkan dia berasa lebih terkilan.

Tambah Chong, satu cara kreatif perlu difikirkan untuk memberi kesedaran kepada komuniti nelayan di Semporna untuk memastikan mereka faham bahawa hidupan laut terancam ini lebih berharga jika ia hidup berbanding jika sudah mati.

“Kita perlu memastikan segala pendapatan yang dibawa masuk melalui industri pelancongan ke kawasan itu turut sampai kepada komuniti tersebut memandangkan pendapatan hidup mereka hanya dengan memancing hidupan-hidupan terancam itu,” ujarnya.

Setakat ini, hanya ikan yu paus dan ikan yu todak yang diletakkan dalam senarai terancam Akta Perikanan 1985.

Oleh itu buat masa kini, penangkapan spesis pari terancam itu adalah tidak melanggari peraturan yang ditetapkan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori