Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Hadir Jamuan Tengah...

KUALA LUMPUR - Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri...

22 Pendatang Asing Warga...

KOTA KINABALU - Polis menahan 22 pendatang asing tanpa izin warga Filipina menerusi...

“Pakai Jer Honda Civic...

KECOH menerusi media sosial memaparkan video rakaman seorang pemandu Honda Civic FD yang...

Si Miang Rakam Payudara...

SENSASI satu rakaman video perkongsian laman Facebook memaparkan kejadian seorang lelaki merakam foto...

Spesies Kumbang Baru Dinamakan Sebagai Yoda

SULAWESI TENGAH – Satu spesies kumbang berwarna hijau berkilat yang baru ditemui di dalam hutan hujan Sulawesi Tengah telah diberikan nama Yoda, salah satu karakter dalam siri filem Star Wars baru-baru ini.

Kumbang yang memiliki saiz lebih kecil daripada kuku jari manusia dinamakan sebagai Trigonopterus yoda. Ia adalah salah satu daripada 103 spesies serangga baharu ditemui dan dinamakan secara rasmi, menurut laporan akhbar Daily Mail.

Selain itu, sekumpulan tiga spesies kumbang lain pula dinamakan sempena Asterix, Obelix dan Idefix iaitu karakter utama dalam siri komik Perancis, The Adventures of Asterix.

Kumpulan penyelidik yang membuat penemuan itu optimis masih banyak serangga lain akan ditemui dalam masa terdekat. Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal ZooKeys.

Kurator kumbang dari Pusat Penyelidikan Biologi Indonesia, Raden Pramesa Narakusumo berkata: “Penyelidikan kami masih belum lengkap dan ada kemungkinan penemuan yang dilakukan cuma di peringkat permulaan.


“Sulawesi ialah kompleks geologi dan masih banyak kawasan belum diteroka untuk mencari spesies kumbang kecil,” katanya. – Agensi

Kategori