Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kakitangan Imigresen Selangor Maut...

BAGAN SERAI - Seorang kakitangan Bahagian Audit Imigresen Selangor maut apabila kereta yang...

Himpunan Perpaduan Ummah Bukan...

KUANTAN - Himpunan Perpaduan Ummah Negeri Pahang anjuran UMNO dan PAS tidak mempunyai...

Insiden Low Yat: Ali...

PRESIDEN Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai 'Ali...

PAN Kecundang Sebelum Masuk...

SERONOK juga melihat cara parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) sibuk memfaraidkan sesama mereka...

Speaker Nafi 4 Ahli Parlimen BN Tukar Tempat Duduk

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan sebuah portal berita bahawa beliau ada menerima surat permintaan daripada empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menukar tempat duduk di Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menafikan sekeras-kerasnya laporan berita berkenaan dan menyifatkan ia satu pembohongan dan fitnah terhadapnya.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan berita berkenaan dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada Ahli Parlimen berkenaan.

“Saya anggap berita berkenaan adalah satu pembohongan dan fitnah terhadap saya,” katanya merujuk kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian), Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, yang juga Ahli Parlimen Machang.

Laporan portal berita berkenaan mendakwa empat Ahli Parlimen UMNO itu memohon untuk menukar tempat duduk di Dewan Rakyat menjadi blok bebas yang dipohon minggu lalu, namun ditolak speaker.


Hari ini, media melaporkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sudah meminta supaya kedudukannya di Dewan Rakyat diletakkan di blok Bebas yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu surat makluman kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bertarikh semalam, vateran politik itu menyatakan tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh menggunakan nama kerajaan PN. – BH Online

Kategori