Speaker Dewan Rakyat Tidak Ada Kecenderungan Politik?

Dari Facebook DrPuad Zarkashi

AZHAR kata dia bukan macam Azalina. Azalina orang politik. Azalina ambil pendirian bagi manfaat politik.

Itulah jawapan standard oleh orang bukan politik, tetapi berjawatan penting atas lantikan politik. Baca https://www.malaysianow.com/…/01/saya-bukan-ahli-politik.

Apabila darurat diistiharkan apakah itu bukan langkah politik? Apabila parlimen digantung apakah itu bukan langkah politik. Apakah itu semua bukan untuk “manfaat politik”?

Kalau dia bukan orang politik hanya semata mata kerana tidak ada jawatan politik, sebenarnya dia lebih kuat berpolitik kerana sanggup ikut telunjuk orang politik.

Definisi bukan orang politik selalu disalahguna. Dia lupa “kecenderungan politiknya” itu sendiri menjadikan dia orang politik. Bahkan lebih berpolitik daripada orang berjawatan politik.

Seorang “pilot”, walaupun tidak ada jawatan politik dalam parti tetapi kerana taksub kepada kecenderungan politiknya dia boleh menjunamkan kapal terbang yang dipandunya ke dalam laut.

Sedihnya ramai yang akan terkorban. Ini bukan untuk sekolahkan Azhar selaku Speaker Dewan Rakyat. Tetapi rakyat letih mendengar alasan “saya bukan orang politik”.

Ini juga bukan respond pada Portal MalaysiaNow yang tulis “Speaker Dewan Rakyat sekolahkan golongan mahukan Parlimen bersidang”.

Baca… https://www.malaysianow.com/…/05/30/speaker-dewan-rakyat.

Kerana tajuk itu, ada yang tuduh Azhar juga sekolahkan YDP Agung. Ini kerana YDP Agung telah bertitah, Parlimen boleh bersidang di waktu darurat.

Bahkan Tuanku minta PM 8 bagi tarikh. Bila tarikh akan disembah maklum kepada YDP Agung?

Sepatutnya kalau dia bukan orang politik, dia akan lebih berani bersuara supaya parlimen bersidang semula.

Jangan kerana takut bersuara maka kita sama sama menjunamkan suara dan demokrasi rakyat.