Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan ‘Sanitizing’ Pada Harga...

KAMI menyediakan perkhidmatan sanitizing dengan harga promo!Perkhidmatan kami dan sanitizer kami adalah 'enviroment'...

Azharina Tidak Lagi Ke...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Azharina Azhar masih trauma untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki...

2,188 Positif Covid-19 Catat...

KUALA LUMPUR - Kes positif Covid-19 di seluruh negara terus melonjak dan mencatat...

Jaga-Jaga! Perogol Bersiri Kanada...

TAKUT, bimbang dan berbahaya. Itu yang digambarkan apabila berita mengenai seorang rakyat Malaysia...

SOSMA: KPN Mahu Heret Pelaku Sabotaj Sungai Selangor

KUALA LUMPUR – Golongan yang terlibat dalam sabotaj dan mencemarkan air Sungai Selangor akan dihadapkan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Itulah yang dijanjikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Abdul Hamid berkata, langkah ini diambil berikutan kesalahan berkenaan amat serius yang memberi kesan kepada lima hingga enam juta orang di Selangor.

“Apa-apa pun, undang-undang paling serius kita akan siasat. Sesiapa yang melakukan sabotaj ke atas mana-mana prasarana dan kepentingan umum, mereka boleh ditangkap di bawah SOSMA.

“Mereka akan didakwa di bawah undang-undang yang paling serius. Kita tak akan layan (rayuan). Ini menyebabkan empat hingga lima juta orang. Saya tidak akan teragak-agak. Saya tidak akan ambil sambil lewa. Saya sangat fokus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, hari ini.


Majlis itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran; Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Syed Zaid Albar.

Beliau mengulas isu pencemaran air Sungai Selangor yang berlaku baru-baru ini sehingga menyebabkan lebih enam juta penduduk di Selangor terjejas untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Pencemaran itu juga didakwa mengandungi unsur-unsur sabotaj.

Kategori