Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Kurang 1,000 Syarikat Di...

KOTA KINABALU - Kastam Diraja Sabah sudah mengenal pasti kurang 1,000 syarikat yang...

Warga Nepal Didakwa Bunuh...

TELUK INTAN - Seorang pekerja kilang kelapa sawit warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah...

Video: Pelancong Berjaya Rakam...

MITOS tentang kewujudan makluk aneh berbulu tebal yang digelar Bigfoot sememangnya sering diperkatakan...

2 Penganggur Dipenjara Miliki...

KUALA LUMPUR - Gara-gara memiliki batang besi perancah curi, dua orang penganggur masing-masing...

Sorok Tekukur, Kura-Kura Dalam Almari

MIRI – Sebanyak 70 burung terdiri daripada spesies burung tekukur dan burung merbuk selain 70 kura-kura ditemui disorokkan di dalam sebuah almari berkunci di pasar Pusat Komersial Centre Point, pagi semalam.

Semua haiwan eksotik itu dipercayai disorokkan penjualnya bagi mengelak kegiatan penjualan secara haram itu tidak dihidu pihak berkuasa.

Difahamkan, spesis haiwan yang dirampas mendapat permintaan tinggi daripada penggemar haiwan eksotik di sekitar daerah ini walaupun ia menjadi kesalahan.

Namun, kegiatan penjualan secara haram itu terbongkar dalam operasi bersepadu kira-kira jam 9 pagi itu dijalankan penguat kuasa dari Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Perbadanan Hutan Sarawak(SFC), Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pegawai JHS Bahagian Miri Danny Ipan Winston berkata, semua haiwan berkenaan disorokkan dalam sebuah almari berkunci di pasar berkenaan namun pemilik almari berkenaan tidak ditemui.

Menurutnya, pemeriksaan di pasar berkenaan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam berhubung penjualan haiwan eksotik di pasar berkenaan.


“Pihak JHS sedang mengesan individu yang menjual haiwan eksotik berkenaan tanpa kebenaran kerana pemilik almari itu tiada di lokasi ketika serbuan dijalankan.

“Dalam operasi sama juga seorang peniaga lelaki berusia lingkungan 40-an turut ditahan kerana menjual daging babi tanpa permit,” katanya.

Katanya, semua haiwan berkenaan dirampas dan kes disiasat mengikut Ordinan Hidupan Liar Terlindung Sarawak 1998. – myMetro Online

Kategori