Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pasca Banjir: 631 Buah...

KOTA BAHARU - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) telah membaiki sebanyak 631 buah...

PPBM NS Bubar: Tidak...

JOHOR BAHRU – Pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan semalam dijangka...

Kerajaan Mohon Lucut Hak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia memohon untuk melucut hak wang tunai berjumlah lebih...

Rombakan Kabinet: Hak PM...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan bahawa...

SOP Tahun Baharu Cina Diumum Seminggu Lebih Awal

GOMBAK – Kerajaan akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Tahun Baharu Cina seminggu sebelum sambutan perayaan itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat sudah meminta Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berbincang mengenai hal itu sebelum dibawa ke Kementerian Perpaduan Negara. 

“Kita ada masa lagi. Setakat hari ini, Jawatankuasa Teknikal (Pengurusan Darurat) telah meminta KKM dan MKN untuk sediakan SOP, termasuk juga Kementerian Perpaduan Negara. 

“Ini kerana perkara berkaitan agama lain dibawa kepada Kementerian Perpaduan dan mereka akan bincang dan bentang kepada kita.

“Sebab kalau kita putuskan hari ini, seminggu lagi mungkin sudah berbeza statusnya. Jadi kita terpaksa tukar balik dan akan umumkan SOP seminggu atau dua, tiga hari sebelum Tahun Baharu Cina,” katanya selepas melawat sekatan jalan raya di Sentul dan Gombak, tengah hari tadi.

Sementara itu, mengenai individu yang tidak berpuas hati jika dikompaun dan ingin membawa perkara itu ke mahkamah, Ismail Sabri berkata, mereka boleh berbuat demikian jika ingin mencabar tindakan itu. 


Selain ke mahkamah, individu berkenaan juga boleh membuat rayuan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mengurangkan kompaun yang diterima. 

“Boleh. Kita beri kompaun kena bayar dalam masa dua minggu tak silap saya. Kalau tak nak bayar, boleh mencabar di mahkamah ataupun boleh merayu bukan kepada polis. 

“Akta 342 di bawah KKM, boleh merayu kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk kurangkan kompaun. Yang dikompaun RM1,000 adalah maksimum. Bila buat rayuan boleh kurangkan. 

“Mungkin boleh dapat RM500, …RM300. Itu terserah kepada pejabat kesihatan itu. Kalau kita tak setuju boleh juga cabar di mahkamah,” katanya. – BH Online

Kategori