Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Maut, Penumpang Parah...

BINTULU – Seorang pemandu maut manakala seorang penumpang cedera parah dalam kemalangan kendiri...

Wak Doyok Dipanggil Polis

PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis...

Polis Siasat Selebriti Didakwa...

AMPANG JAYA - Polis menjalankan siasatan berhubung gambar keluarga selebriti yang didakwa berziarah...

Kerajaan Tak Cadang Angkat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengangkat Kampung Baru sebagai Tapak Warisan...

SOP Baharu Kebenaran Pulang Dari Kampung Ke Bandar

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu berhubung kepulangan individu yang terkandas di kampung dan berkeinginan untuk pulang ke bandar atau kediaman masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis juga akan menyediakan jawapan bagi soalan lazim (FAQ) kepada pertanyaan orang ramai yang telah mengisi permohonan di aplikasi Gerak Malaysia.

“Polis akan keluarkan SOP baharu dan dalam masa yang sama, PDRM akan keluarkan FAQ bagi menjawab pertanyaan yang sering diajukan oleh orang ramai.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Setakat ini SOP yang dikeluarkan belum dibincangkan. Seperti yang dimaklumkan semalam, kita akan menunggu sehingga 1 Mei, baharu akan ada SOP sama ada dibenarkan pulang atau tidak dan jika boleh, bila tarikh serta masanya,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai aplikasi Gerak Malaysia sama ada hanya seorang sahaja dibenarkan pulang ke bandar atau dibenarkan secara berkumpulan dan berkongsi kereta.


Semalam, Ismail Sabri berkata, pergerakan mereka yang terkandas di kampung ke bandar atau kediaman masing-masing akan berlaku selepas maklumat dan data daripada laporan orang ramai menerusi Gerak Malaysia serta balai polis diterima sehingga 1 Mei ini.

Jelasnya, PDRM, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan berbincang bagi menyediakan SOP berhubung kepulangan kumpulan berkenaan ke bandar.

Kategori