Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Murid Darjah 2 Dipatuk...

REMBAU - Murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Chembong di sini yang dipatuk ular...

2 ‘Datuk’ Direman Kes...

KUCHING - Dua individu bergelar ‘Datuk’ direman untuk membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu...

KHM Masih Tunggu Maklum...

KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) masih menunggu maklum balas daripada Persekutuan...

Honey Bee, Kucing Buta...

Honey Bee, seekor kucing yang sangat comel dan cacat penglihatan ini sememangnya sungguh...

Sonar TLDM Antara Aset Bantu Pencarian Mangsa, Helikopter

SRI AMAN – Sonar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi aset terbaharu digunakan untuk mencari mangsa terakhir dan badan utama helikopter susulan nahas Khamis lepas, yang setakat ini mengorbankan lima orang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata selain sonar, dron milik mers999 Telekom Malaysia di bawah penyelarasan Jabatan Pertahanan Awam digunakan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kita harap peralatan ini dapat membantu mengesan di mana bangkai helikopter berada. Kita juga merancang memanggil Jabatan Perikanan untuk bantu SAR menggunakan pukat yang sesuai,” katanya pada sidang media di pusat operasi SAR Lingga di sini Ahad.

Beliau berkata radius pencarian kekal tujuh kilometer daripada pusat operasi berkenaan.

Mengulas lanjut, Muhammad Sabtu berkata operasi SAR pagi ini, telah menjumpai satu beg galas jenama Camel dan beberapa lagi serpihan helikopter.

“Penemuan ini akan membantu kita mencari helikopter itu,” kata Muhammad Sabtu, sambil menambah faktor arus pasang surut air dan cuaca perlu diambil kira dalam soal itu.

Selain itu, bantuan Perbadanan Perhutanan Sarawak juga diperlukan untuk membantu pasukan SAR menghadapi ancaman buaya semasa operasi.


Beliau seterusnya berkata ada rancangan menambah kekuatan petugas kepada 1,010 berbanding 505 anggota pelbagai agensi ketika ini.

Sementara itu, Panglima Tiga Briged Brig Jeneral Md Yusof Aziz berkata penyelam TLDM telah menyelam di satu lokasi hasil analisis susulan penemuan mayat dan serpihan sepanjang empat hari kejadian.

“Kita beri tumpuan kepada kawasan yang kita jangka ada bangkai helikopter itu. InsyaAllah kita akan buat sekali lagi selaman setelah air surut kerana ketika air pasang, arus deras.

“Saya harap dengan selaman itu nanti bangkai pesawat dan mayat mangsa terakhir ditemui,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Sabtu berkata polis menerima 173 laporan, dan 86 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh pilihan raya negeri Sarawak, yang berlangsung semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori