Solidariti Anggota Parlimen Usul Bincang Insiden Kuil

KUALA LUMPUR – Parlimen hari ini menyaksikan solidariti antara anggota Parlimen kerajaan, pembangkang dan bebas apabila mereka senada mengemukakan usul tergempar untuk Dewan Rakyat membincangkan insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25.

Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang mewakili kerajaan serta Anggota Parlimen Bebas; dan Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee yang mewakili Barisan Nasional (BN); menghantar usul yang dibuat di bawah peraturan mesyuarat Perkara 18 (1) itu secara berasingan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Ariff Md Yusof hari ini.

“Kami Anggota Parlimen dari kedua-dua belah pihak berkumpul dan memasukkan satu usul segera untuk membahaskan perkara yang dianggap berkepentingan awam dan perkara yang khusus, berkenaan dengan kejadian di sebuah kuil di Seafield. Usul ini dikemukakan dan diterima oleh pejabat Yang Dipertua dan beliau memaklumkan bahawa akan dipertimbangkan untuk dibahaskan Khamis ini.

โ€œKami berkumpul hari ini sebagai satu tanda solidariti tanpa kepartian untuk menunjukkan bahawa semua anggota Parlimen menganggap perkara ini perlu kita beri satu penekanan yang khusus, dan perlu kita rungkai secara bersama dalam suasana keharmonian,” kata Fahmi dalam sidang media bersama Anggota Parlimen PH, BN dan Bebas di Lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir anggota Parlimen PH dan BN termasuk Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang), Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Bebas-Masjid Tanah), Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani), Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor), Alice Lau Kiong Yieng (PH-Lanang), Datuk Noor Azmi Ghazali (Bebas-Bagan Serai) dan P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan).

Sementara itu, Fahmi berkata walaupun terdapat dua usul yang dikemukan iaitu oleh BN dan PH, namun tidak menjadi persoalan mana-mana satu usul itu diterima kerana kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama di bawah peraturan mesyuarat yang sama.

Katanya PAS turut dialu-alukan menyokong usul berkenaan.

Terdahulu, Ketua Whip BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media berasingan berkata usul dikemukan antaranya berikutan kekhuatiran keadaan akan menjadi bertambah buruk.

“Kita yakin yang anggota Parlimen PH juga akan senada dengan kita dalam hal ini kerana mereka juga mahu perkara ini dibincangkan demi kebaikan bersama,” katanya.

Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berharap agar usul berkenaan diterima oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk dibincangkan, dan beliau yakin ia juga akan disokong oleh anggota Parlimen PH.

Beliau berkata BN mengutuk serangan terhadap seorang anggota bomba ketika sedang bertugas pada insiden kekecohan di kuil itu pagi tadi dan berharap pihak polis menahan mereka yang bertanggungjawab dengan segera.

Sementara itu, Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming, ketika ditemui pemberita berkata Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Ariff Md Yusof memberi perhatian serius kepada usul yang dikemukakan oleh anggota Parlimen kerajaan, pembangkang dan Bebas itu.

“Perkara ini sedang diuruskan oleh YDP Speaker dan kita akan memberi perhatian yang serius terhadap kejadian ini. Saya jangka keputusan terhadap usul tergempar itu akan diketahui esok.

โ€œBiar kita tunggu pengumuman rasmi oleh speaker esok,โ€ katanya. – BERNAMA – BERNAMA

Loading...