Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Pusat Kesihatan Mental...

IPOH - Tiga Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) disediakan di Perak bagi memberi...

Kura-Kura Zizan Pakai ‘Baju’...

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon Zizan Razak tampil berkongsi foto seekor kura-kura...

KKM Belanja RM20j Program...

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membelanjakan hampir RM20 juta sejak Januari...

Lelaki Didakwa Hantar Komen...

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu pengurus di sebuah hotel mengaku tidak bersalah di...

Soleimani Dibunuh Untuk ‘Hentikan Peperangan’ – Trump

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) membunuh komander tertinggi tentera elit Iran yang didakwa bertanggungjawab merancang operasi ketenteraan serantau Tehran, adalah untuk ‘menghentikan peperangan’ bukan memulakannya, kata Presiden, Donald Trump pada Jumaat.

Trump menuduh Qasem Soleimani merancang ‘serangan ganas ke atas diplomat dan anggota tentera Amerika’ namun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, sebaliknya berkata komander itu telah ‘tertangkap basah’, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Trump.

“Apa yang Amerika Syarikat lakukan semalam (Jumaat) sepatutnya telah dilakukan sejak dulu lagi,” kata Trump di kediamannya di sebuah resort di Florida, merujuk kepada pembunuhan Soleimani.

Soleimani, ketua tentera elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Iran, terbunuh dalam serangan udara AS pada awal pagi Jumaat berhampiran lapangan terbang antarabangsa Baghdad.

Pembunuhan Soleimani menyebabkan ketegangan memuncak secara mendadak antara AS dan Iran, yang sering berlaku sejak Trump memilih untuk menarik diri daripada pakatan nuklear dengan Tehran pada tahun 2018.

Pemimpin Agung Iran Ali Khamenei, yang menganugerahkan bintang kebesaran tertinggi kepada Soleimani tahun lepas berikrar untuk membalas dendam terhadap AS atas kematiannya.

Kategori