Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penyokong Anwar Provok Pasukan...

PUTRAJAYA - Penyokong yang setia menanti ketibaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

IMF Puji Persediaan Malaysia...

KUALA LUMPUR - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memuji persediaan Malaysia ke arah pelaksanaan...

JDT Kukuh Di Persada...

KUALA LUMPUR – Juara Liga Super 2018, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod...

Najib Jumpa UMNO Kedah,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun...

Solat Sunat, Perbanyakkan Doa Ketika Gerhana

GEORGETOWN – Gerhana bulan dan matahari tidak mempunyai kaitan dengan kematian atau kehidupan sesiapa seperti kepercayaan pada zaman Jahiliah malah digalakkan mendirikan solat sunat dua rakaat dengan kaedah tertentu.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Mohd Noor berkata, gerhana matahari dan bulan adalah dua tanda keagungan ALLAH SWT dan umat Islam dinasihatkan berdoa supaya sentiasa dilimpahi rahmat.

Menurutnya, melalui solat sunat itu, khatib meminta jemaah memperbanyakkan taubat dan membuat kebajikan di samping menjauhi maksiat dan perkara yang melalaikan.

“Umat Islam perlu menginsafi kelemahan diri dan mengenangkan kebesaran ALLAH SWT ketika fenomena Gerhana Matahari Anulus,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, beliau turut menasihatkan umat Islam khususnya di negeri ini bersama-sama memikirkan kebesaran ALLAH SWT dan menginsafi kelemahan.

“Sama-sama kita berdoa sentiasa melimpahkan rahmatNYA ke atas negara dan seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, kita minta agar dijauhi segala bala bencana dan perkara-perkara yang menyusahkan kepada negara dan rakyat,” katanya.

Semalam, Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian alam yang jarang-jarang berlaku, gerhana matahari cincin atau anulus di Tanjung Piai, Johor dan Serian di Sarawak.

Kali terakhir fenomena alam ini terjadi kira-kira 21 tahun yang lalu di Mersing, Johor pada 22 Ogos 1998.


Gerhana matahari cincin berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari dan disebabkan ketika itu, bulan berada sedikit jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.

Akibatnya di dalam kawasan atau berhampiran dengan kawasan laluan tengah gerhana ini, matahari akan kelihatan seperti cincin.

Di Taman Negara Tanjung Piai, Johor gerhana matahari cincin boleh dilihat selama 2 minit 31 saat, menurut laman astronomi tempatan, Falak Online.

“Selain daripada kawasan di atas, seluruh Malaysia dan Brunei, serta sebahagian Singapura akan dapat menyaksikan gerhana matahari separa.

“Di kawasan ini, ketika waktu puncak gerhana, matahari tidak akan kelihatan seperti cincin, tetapi lebih menyerupai bentuk ‘bulan sabit’.” – Sinar Harian

Kategori