Solat Jumaat Di 25 Masjid, 31 Surau Dalam WP

KUALA LUMPUR – Selepas lapan minggu ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebanyak 25 masjid dan 31 surau dalam Wilayah Persekutuan Kuala lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini mengadakan solat Jumaat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail, berkata semua masjid dan surau yang dibenarkan mengadakan solat Jumaat berada dalam zon hijau.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Jemaah pula terdiri daripada kakitangan masjid dan surau serta kariah yang dibenarkan untuk mendirikan solat secara berjemaah.

“Sudah tentu semua perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk penjarakan sosial,” katanya ketika ditemui di Masjid Negara hari ini.

Loading...