Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

EU Harap Muktamad Perjanjian...

BRUSSELS - Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dijangka melawat Brussels bulan ini, sekali...

Kerjasama Malaysia – Thailand...

GEORGE TOWN - Kementerian Pengangkutan sedang bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi melanjutkan Perkhidmatan...

Azlan Man Nafi Akan...

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini menafikan khabar...

Guru Kes Murid Maut...

KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan simpati, sedih dan takziah kepada keluarga...

Solat, Jangan Sombong Antara Perkara Didik Anak

TAIPING — Solat, pantau anak ulangkaji pelajaran, jangan sombong dan menghormati orang lain, adalah perkara yang diterapkan oleh penerima Anugerah Keluarga Mithali dalam mendidik 11 anaknya untuk berjaya.

Penceramah agama, Harun Othman, 83, berkata beliau menerapkan didikan agama terhadap 11 orang anaknya iaitu tujuh lelaki dan empat perempuan, walaupun menempuhi pelbagai ujian yang hebat.

“Anak diasuh dengan didikan agama agar kelak menjadi insan yang bermanfaat pada masyarakat. Anak-anak diajar untuk menjaga solat dan ibadat disamping sentiasa pantau dalam mengulangkaji pelajaran.

“Anak-anak saya juga diasuh agar tidak sombong pada masyarakat dan sentiasa membantu orang dalam kesusahan,”katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dekat Kamunting hari ini.

Daripada 11 anak beliau, sembilan menjejakkan kaki ke menara gading dan memperolehi ijazah serta diploma dalam pelbagai bidang termasuk Syariah dan Perubatan dan kini bertugas dengan beberapa jabatan kerajaan.

Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada Harun yang berupa wang tunai RM5,000, plak, sijil penghargaan serta hadiah iringan.


Raja Jaafar turut berkenaan menyampaikan Anugerah Pendakwah kepada Aman Asnida Abdullah, Anugerah Imam diungguli Shuhim Ali Othman, Idris Sulaiman penerima Anugerah Bilal dan Mior Osman Mat Aleh penerima Anugerah Siak.

Turut berangkat pada sambutan itu Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi.

Majlis yang berlangsung seawal 10 pagi itu turut diadakan ceramah Maulidur Rasul, selawat beramai-ramai dan penyampaian anugerah pegawai masjid, pendakwah dan keluarga mithali. — BERNAMA

Kategori