Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditemui Mati Dengan...

PETALING JAYA - Seorang penghantar makanan segera ditemui mati dengan kesan lima tetakan...

PAC Cadang Diwujudkan Garis...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan supaya diwujudkan garis panduan...

APMM Kota Kinabalu Tahan...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot...

Fahrin Kini Bergelar Ayah,...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Fahrin Ahmad yang kini telah bergelar sebagai bapa, kira-kira...

Sokongan Rakyat Terhadap Pakatan Harapan Menurun

ALOR SETAR – Sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) mula menurun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas pelbagai faktor antaranya seperti kegagalan menunaikan janji manifesto, kenaikan harga barangan serta ketidakstabilan harga komoditi.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil kajian, pihaknya mendapati rakyat sememangnya mengharapkan sesuatu yang lebih baik selepas memberi kepercayaan kepada PH menerajui negara.

“Ia bukan perkara luar biasa kerana perubahan kerajaan di mana-mana negara sekali pun menunjukkan pola yang sama.

“Rakyat nyatakan kegusaran terhadap isu kehidupan yang berkait rapat dengan mereka, namun kebanyakan kajian menunjukkan hanya dalam penggal pertama pemerintahan populariti merosot, dan kembali meningkat dalam penggal kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Bengkel Penyelidik Efektif Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Tambah beliau, ketidakpuasan hati rakyat mula berlaku apabila apa yang dikehendaki menerusi manifesto dan janji PRU-14 belum ditunaikan.


Dalam masa sama katanya, penurunan sokongan itu juga berlaku atas dasar naluri manusia yang mahukan perubahan dalam tempoh singkat.

“Bagaimana mahu selesaikan masalah berpanjangan selama 60 tahun hanya dalam tempoh sembilan bulan?…Ia perlukan masa, namun naluri manusia mahu perubahan segera dilakukan,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan baharu juga telah memberi kebebasan media seluas-luasnya sehingga mereka membentuk pemikiran rakyat bahawa terdapat harapan belum ditunaikan. – UTUSAN ONLINE

Kategori