Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Sembuh COVID-19...

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia yang koma selama 45 hari akibat COVID-19...

Tindakan AS Keluar TPP...

KUALA LUMPUR - Pengunduran Amerika Syarikat (AS) daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan memperkukuhkan...

Kes Skandal Hartanah: Exco...

JOHOR BAHRU - Exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abdul Latiff Bandi ditahan reman...

Woods Tarik Diri Sertai...

LOS ANGELES - Tiger Woods membuat keputusan menarik diri daripada Piala Ryder, semalam...

SOJC: Kalahkan New Zealand 6-3, Malaysia Tempat Kelima

JOHOR BAHRU – Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal muncul wira apabila empat gol jaringannya membantu memastikan skuad hoki remaja negara meraih tempat kelima Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2018 (SOJC) selepas menewaskan New Zealand 6-3 di Stadium Hoki Taman Daya, dekat sini hari ini.

Gol-gol Muhammad Azrai itu dijaringkan seawal minit pertama perlawanan, minit ke-11, ke-36 dan seminit sebelum tamat permainan.

Dua lagi gol Malaysia dijaringkan Muhammad Fahmi Khalid pada minit ke-23 dan Muhammad Hafizuddin Zaidi (minit ke-29).

Secara keseluruhannya persembahan menarik anak buah Nor Saiful Zaini Nasiruddin itu ternyata tidak menghampakan peminat yang turun menyaksikan aksi terakhir negara di SOJC itu, petang ini.

Gol pasukan Kiwi pula dijaringkan Wyndham Smith Maks pada minit ke-30, Kaylan Jeram (minit ke-33) dan Tim Neild (minit ke-46).

Pada sidang media selepas perlawanan, Nor Saiful Zaini berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian anak buahnya walaupun sekadar menduduki tempat kelima.


Menurutnya, anak buahnya itu akhirnya menemui rentak pada saat-saat akhir dalam aksi penentuan tempat kelima dan keenam serta kemenangan pertama yang diraih semalam ketika bertemu Jepun.

“Kedua-dua pasukan nampak keletihan, kita dapat jaring gol melalui serangan gol padang sebanyak lima kali, bagi saya ia bagus dan menunjukkan prestasi pemain semakin baik.

“Pemain perlu biasakan diri dengan permainan yang pantas dan jangan ambil mudah sekiranya mendahului jaringan. Apa pun pengalaman yang mereka dapat dalam kejohanan antarabangsa seperti ini yang penting,” katanya – BERNAMA

Kategori